Monday, 18 April 2011

Bisnes Gaya Islam

Tiada Kekayaan Melainkan Dengan Usaha
Kita tetap boleh bergaya, walaupun dengan menutup aurat. Kita tetap boleh menjadi kaya, walaupun pernah hidup melarat. Tapi, nak jadi kaya bukannya mudah, perlu melepasi pelbagai syarat.
Pertama sekali, bebaskan diri dari pemikiran yang kolot dan berkarat. Matlamat perlu jelas, impian kekayaan perlu digenggam erat.
Kedua, jangan mudah berputus asa, kerana usaha kitalah yang akan menentukan takdir yang tersurat.
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubah nasib mereka sendiri.”
Surah Ar-Ra’d, ayat 11.
Jelas. Segala perubahan perlu dimulakan dengan usaha dan kudrat kita sendiri. Untuk mengubah dunia, kita perlu berusaha untuk mengubah diri kita sendiri terlebih dahulu. Untuk mendapatkan apa-apa sekalipun, segala-galanya perlukan usaha. Di sebalik usaha itu, pasti ada ganjaran setimpal yang menanti.
Anda mahu jadi kaya?
Jika mahu menjadi kaya, maka berusahalah untuk mencari kekayaan itu. Dunia ciptaan Tuhan ini sentiasa dipenuhi dengan rezeki, dan setiap orang mempunyai bahagiannya masing-masing. Hanya usaha yang diperlukan untuk menjadikan rezeki itu sebagai milik kita.
Sesungguhnya, TIADA KEKAYAAN MELAINKAN DENGAN USAHA.
Di samping berusaha dan berikhtiar, jangan lupa berdoa dan kemudian barulah bertawakkal. Itu barulah falsafah DUIT yang sebenar.
D – Doa
U – Usaha
I – Ikhtiar
T – Tawakal

Ingat, kita bukan sahaja mahu kaya dengan harta, tapi mahu juga kaya dengan pahala. Akulah adalah OKB, Orang Kaya Bertakwa. Inilah impian kita semua. Insya Allah.

No comments:

Post a Comment