GaYA HidUp IsLaM
Thursday, 23 February 2012
Ajaibnya Sedekah
Menuntut ilmu biar sampai ke liang lahad. Berjuang pula biar pada jalan jihad. Begitu luas peluang untuk berjihad, tiada batas dan tiada had.
Bagaimana pula untuk berjihad melalui bisnes?
Begitu untung menjadi usahawan Muslim. Berniaga itu sunnah nabi. Nabi Muhammad juga orang bisnes bahkan pernah berdagang merentasi padang pasir dengan menaiki unta. Zaman sekarang, bisnes kita dapat merentasi sempadan dunia dengan kuasa internet.
Kita dijanjikan dengan peluang kekayaan yang besar kerana 9 per 10 rezeki itu datangnya daripada bisnes. Dan sesungguhnya, bisnes adalah satu cabang jihad.
Jihad bisnes adalah jalan keluar untuk umat Islam daripada kemelut kemiskinan, kelemahan dan penindasan. Kautlah seberapa banyakpun untung yang kita mahu, asalkan kita tetap mengeluarkan zakat. Zakat menambah berkat dan harta yang diberi tidak akan berkurang, bahkan akan bertambah-tambah lagi dengan kurniaan dan rahmat daripada Allah.
Maha suci Allah. Hebatnya kesan berzakat, ajaibnya kuasa sedekah. Zakat dan sedekah mendatangkan rahmat. Perbanyakkanlah sedekah, kerana pada sedekah itu adanya barakah (keberkatan).
Semoga bisnes kita sentiasa diberkati Allah dan untungnya pula berkali-kali ganda. Semoga kekayaan kita akan menjadikan kita seorang usahawan yang dermawan. Bersama-samalah kita bersyukur dengan rezeki kurniaan Allah dan sama-samalah kita menyumbangkan harta ke arah kemajuan Islam.
Sahutlah seruan jihad di jalan Allah. Kalau pun bukan dengan mata pedang, berjihadlah dengan mata pencarian kita, iaitu bisnes. Sesungguhnya bisnes adalah satu jalan jihad.
Sudah berapa banyakkah keuntungan yang kita sumbangkan untuk perjuangan Islam. Berapa banyakkah duit yang telah kita laburkan untuk membangunkan Islam. Apakah sumbangan kita untuk Islam?
No comments:
Post a Comment
Newer Post
Older Post
Home
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment