Sunday, 10 April 2011

GAYA HIDUP ISLAM

Nabi Muhammad s.a.w. sangat kasih dan sayang kepada Umatnya.Pada saat-saat akhir baginda terus resah memikirkan nasib umat, senario perpecahan di kalangan Umat Islam kesan dari pelbagai pertentangan pendapat dan aliran pemikiran.
Islam tidak menolak kepelbagaian pemikiran dan pendapat.Namun pertelingkahan yang menolak Syariat Islam -Hukum Dan Perundangan Islam-Halal-Haram-Harus-Makruh,Cara Hidup Islam, Politik Islam,Pahala,Dosa,Syurga dan Neraka ditentang sama sekali.
Jika ditaakulkan secara objektif kebanyakan pertelingkahan yang membawa kepada perpecahan sangat berkait dengan sifat fanatik terhadap pemikiran dan pendapat sendiri,lantas cuba memonopoli pemikiran dan tidak bersedia untuk menerima pemikiran orang lain.
Ada pihak yang memperingatkan kita dan menyuruh kita kembali  berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah.Pihak ini memberitahu kita bahawa Allah SWT akan bersama menolong orang yang berpegang akan Al-Quran dan As-Sunnah.Mereka juga memperingatkan kita supaya masuk Islam sepenuhnya.Maksudnya mengamalkan kesemua Isi Kandungan Al-Quran dan As-Sunnah yang telah kita pelajari dan fahami .
Apabila ada pihak memperingatkan kita bahawa kita belum melaksanakan Isi Kandungan Al-Quran yang tertentu maka kita cubalah mengamalkannya, jangan buat sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja.
Semua golongan rakyat amalkan gaya hidup Islam - kerjakan segala  suruhan Allah SWT dan jauhilah segala perbuatan yang dilarang Allah SWT .Suruhan Allah SWT - Beragama Islam,bersolat 5 waktu,berpuasa,berzakat,berpakaian menutup aurat,berniaga secara islam-etika islam-akad jual-beli,berpolitik Islam,berekonomi Islam,bersosial Islam-bersahabat dengan orang soleh, berakhlak Islam,makan-minum yang halal,mencari rezeki halal ,menghiburkan diri dengan bersolat membaca Al-Quran dan As-Sunnah (sekali-sekala dengarlah lagu-lagu yang diminati yang tidak syirik kepada Allah SWT.)
Larangan Allah SWT - politik barat-janganlah mengamalkan merasuah pengikut untuk mengekalkan kuasa dan pengaruh.Janganlah berzina,berjudi dan minum arak.Janganlah tamak mengumpulkan harta dan duit semasa berkuasa.Gunakanlah duit gaji sendiri untuk meneruskan kehidupan.Janganlah nak bermewah-mewah seperti orang barat.Ingatlah kita beragama Islam dan Islam menganjur kita hidup sederhana.
Semua golongan rakyat janganlah mengamalkan gaya hidup sekular ini.Orang Islam yang berfahaman sekular dan mengamalkan sekular ini boleh dikenali sebagai Orang Islam Sekular.Gaya hidup sekular bermaksud mengamalkan gaya hidup yang tidak berlandaskan agama Islam.Orang berfahaman sekular menyingkirkan agama Islam dari kehidupannya.Orang Islam sekular ini juga pergi solat di mesjid tetapi apabila keluar dari masjid mereka ini meletakkan agama Islam di mesjid sahaja.Di dalam mesjid beragama Islam apabila keluar mesjid mereka tak membawa Islam bersama mereka.Di sekolah agama mereka beragama Islam apabila keluar sekolah agama mereka tak membawa agama Islam bersama mereka.Maksudnya mereka tak mengamalkan ajaran agama Islam dalam kehidupan sehari-harian mereka.Semasa mereka bersahabat,bersosial,berpolitik mereka bertuhankan "nafsu".
.Mereka tidak membawa bersama mereka Agama Islam untuk diamalkan dalam aktiviti politik,aktiviti sosial dan aktiviti ekonomi.Kehidupan mereka sehari-harian mengikut hawa nafsu jahat yang dibisikkan oleh syaithan dan tidak bertitik nokhtah kesesatannya.Di dalam mesjid mereka Islam tetapi apabila keluar mesjid mereka keluar Islam.Di luar mesjid mereka tidak bersama Islam.Mereka bersama ' thoqut '.Mereka terus membuat maksiat.
Orang Islam sekular ini majoritinya adalah Islam keturunan(dilahirkan ibu bapa beragama Islam)dan minoritinya adalah orang kafir yang mendapat hidayat memeluk agama Islam.Apabila berkahwin mereka mengikut ajaran agama Islam.Apabila berpolitik mereka menyingkirkan agama Islam daripada politik.Muncullah politik sekular.Apabila bersosial mereka juga menyingkirkan Islam.Muncullah sosial sekular.Hidup bebas lelaki perempuan.Anak-anak hasil seks bebas ini digugurkan dan orang lain pula yang kena mengebumikannya.Ada anak-anak hasil seks bebas ini dicampak ke dalam tong sampah.    
Perangai orang Islam sekular - contohnya tak solat tak pa,orang tak boleh tegur kerana itu perkara peribadi.Berpolitik tak islamik tak pa asalkan dapat jawatan dan kuasa - mereka mengamalkan politik Machiavelli.Berzina dengan perempuan pun tak pa,itu hak peribadi.Selepas bersetubuh dengan isteri tak mandi hadas besar pun tak pa.Kalau dah berzina memang tak mandi hadas besar.Isteri yang berfahaman sekular ini membenarkan suami simpan perempuan tetapi tak benarkan suami berpoligami.
Perangai orang Islam sekular - perempuan berpakaian seksi tak pa,itu hak peribadi.Bapa/emak/suami sekular membiarkan anak-anak/isteri berpakaian seksi. Gay dan lesbian hidup subur di dalam sosial orang Islam sekular ini.Ajaran sesat pun berkembang di kalangan orang berfahaman sekular ini.Lelaki dan perempuan sekular hidup serumah tanpa nikah.Orang Islam sekular ini tidak suka menutup aurat.Mereka suka mendedahkan tubuh badan mereka dengan berpakaian seksi.
Di kalangan guru yang mengajar pendidikan jasmani (mungkin guru itu tak sedar dia berfaham sekular),semasa pendidikan jasmani,murid-murid perempuan tak disuruh memakai tudung.Murid-murid perempuan itu pula dah baligh dan mummayiz.Guru itu wajib berdakwah kepada murid-murid itu iaitu menyuruh murid-murid itu menutup aurat kerana melaksanakan perintah Allah SWT yang menyuruh orang perempuan menutup aurat - aurat orang perempuan adalah seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.
Murid-murid perempuan Sekolah Kebangsaan Tahap 1 - Tahun 1,2 dan 3 , Tahap 2 -  Tahun 4,5 dan 6 perlulah dididik dan dilatih memakai pakaian menutup aurat - tudung bukan sahaja semasa berada di sekolah tetapi apabila berada di luar rumah.Melentur buluh biarlah daripada rebung.Jangan dah jadi buluh baru nak melenturkannya.
Pada peringkat kanak-kanak segala ajaran Al-Quran dan As-Sunnah perlulah diterapkan supaya mereka boleh mencapai tahap "insan kamil" (insan sempurna).Di Sekolah Kebangsaan mutaakhir ini murid-murid telah diajar membaca Al-Quran.Guru-guru dan ibu bapa perlulah menyuruh murid-murid mempraktikkan/merealisasikan/mengimplementasikan/menterjemahkan  maksud ayat-ayat  suci yang telah mereka baca itu di dalam kehidupan/gaya hidup/cara hidup mereka sehari-harian.
Orang Islam sekular juga sanggup memeluk agama lain seperti Kristian,Hindu dan lain-lain kerana jatuh cinta kepada lelaki kafir.
Minum arak,berjudi empat nombor ekor ,menagih/mengedar dadah,seks bebas,rasuah,salahguna kuasa,politik kotor ,gugur anak,berzina,bergaul bebas,berpakaian seksi,perkauman sempit dan mempermainkan agama Islam adalah perkara biasa bagi orang Islam sekular ini.
Assabiyyah(perkauman sempit) pun berkembang biak di kalangan orang Islam sekular ini.Wujud kumpulan-kumpulan punk,black metal,hi hop,pemuja syaithan,mat rempit dan entah apa-apa lagi yang sesat.Mereka selalu bermain-main dengan perkara-perkara agama.Ada parti politik yang berdasarkan assabiah dan pemimpinnya terpengaruh dengan assabiah.Tetapi apabila ditegur,dia tidak mengaku dia bersikap assabiah.
Perkara-perkara yang dilarang Allah SWT memang sangat disukai oleh orang Islam sekular ini.Mereka bekerjasama dan tolong-menolong membuat kejahatan.Contohnya yang bermain judi empat nombor ekor tolong beli nombor ekor untuk kawan.Orang yang rasuah jadi orang tengah untuk menguruskan rasuah untuk kawan.Duit rasuah digunakan untuk berzina dengan pelacur terhormat.Kalau takut diganggu dan rahsia terbongkar,dibunuhnya pelacur terhormat itu.Mereka buat dosa berterusan.Tak ada langsung rasa nak berhenti  buat dosa dan bertaubat.Tetapi mereka masih bersolat.Tetapi solat mereka itu tak mencegah mereka menjauhi kejahatan.Sembahyang tetapi kejahatan/maksiat/kemungkaran masih buat tanpa ada rasa nak bertaubat.Kalau ada rasa pun dia kata nantilah.....   nantilah.....  nantilah...... masih muda lagi .....ada banyak masa lagi nak bertaubat.  
Maklumlah berkawan dengan orang Islam sekular juga yang suka berbohong dan suka berbuat jahat , tentulah dia tak reti nak suruh bertaubat.Cuba berkawan dengan orang yang beragama Islam dan berakhlak,tentulah dia reti nak suruh bertaubat.
Ramai Terjerat Rasuah,Zina,Judi,Arak,Rokok,Assabiah,Dadah kerana pengaruh kawan.AWAS KAWAN MEROSAK KAWAN.Maksud Hadith-Dari Abi Hurairah, Dari Nabi S.A.W. berkata:
                              "Seseorang itu bergantung kepada agama taulannya,
                      Maka hendaklah kamu berhati-hati dengan siapa kamu bertaulan."
                                                (Diriwayatkan oleh Ahmad)             
                                   
                                                        DAHSYAT                                                                
                                        PEMUSNAH KEBAHAGIAAN   

                        Orang Islam sekular ini diibaratkan seperti "langit tak dijunjung,bumi tak dipijak,berhala tak disembah,Tuhan tak disembah". Hidup semata-mata menyembah "thoqut" - syaithan, hawa nafsu jahat,wang,harta benda,kereta mewah,perempuan cantik tapi jahat,arak,kawan jahat,judi.
Mereka telah hidup sia-sia selagi tak kembali mengamalkan cara hidup Islam.Mereka ini tidak suka menjalani cara hidup Islam kerana telah ditipu oleh orang yahudi dan nasrani yang tidak suka orang Islam mengamalkan cara hidup Islam.Lihatlah betapa bodohnya orang sekular ini.Mereka telah ditipu oleh syaithan,orang yahudi dan orang nasrani.Yang sebenarnya mereka telah menipu diri mereka sendiri.
Soal rasuah boleh ditangani dengan baik apabila semua pihak khasnya orang Islam sekular  yang terlibat dengan rasuah ini kembali kepada Islam, menerima Hukum Dan Perundangan Islam. Sesiapa yang terlibat dengan rasuah jelas telah melakukan perbuatan dilarang Allah SWT.Hukum mengambil rasuah adalah haram.Walau kerana atau atas sebab apa pun tetap haram.Tak bolehlah kita kerana tak mahu hilang pengikut maka kita kata rasuah boleh diamalkan .Tak bolehlah kerana kita tengok orang pakai tayar dan rim sport maka kita kata tak palah ambil rasuah untuk pasang sport rim.
Haram tetap haram.Kita tak boleh menghalalkan yang haram. Nanti akan rosak aqidah.Dah rosak nak kena perbaiki pula.Tetapi ada yang tak perbaiki kerana malas dan tak kuat iman/semangat.Tak bolehlah macam tu.Beristighfar dan bertaubat dengan segera.
Penyakit 'al-'ijab bi al-ra'yi' (penyakit mengkagumi pendapat sendiri) merbahaya dan jangan dibiarkan mengalir dalam pemikiran umat.Cubalah kita warisi sifat,sikap dan adab para pejuang dan pendokong islam terdahulu dan para pejuang dan pendokong islam pada tahun 2008 ini.
Kagumilah kepada Al-Qur'an dan Hadis.Kagumilah pendapat sendiri yang selaras dan tidak bertentangan dengan Al-Qur'an dan Hadis serta ijmak ulamak.Kagumilah ulamak muktabar/murshid, jangan dok asyik mengkagumi artis -penyanyi dan pelakon mendedah aurat. 
Mereka bersikap berlapang dada dan terbuka.Mereka menerima pemikiran dan pendapat yang benar dan Islamik yang dikemukakan oleh Sultan,Ulama,Umarak, orang Islam dan lain-lain.Orang Islam sekular cubalah berusaha menerima pemikiran dan pendapat yang benar dan Islamik.Jangan biarkan penyakit 'al-'ijab bi al-ra'yi mengalir dalam pemikiran anda.Belajarlah ikhlas menerima pendapat yang benar dan Islamik.Jangan biarkan syaithan atau diri anda sendiri menipu anda menyuruh menolak kebenaran yang disampaikan oleh Ulama muktabar/mursyid,Sultan,Umarak,Orang Islam dan lain-lain.
Islam membebaskan pemikiran umat manusia daripada kejahilan dan kejumudan kepada pemikiran yang bebas dan merdeka yang dibimbing oleh wahyu Ilahi.Rasulullah s.a.w menegaskan:"Sesiapa keluar daripada ketaatan (terhadap pemerintah) dan memisahkan diri daripada al-jama'ah lalu dia mati,maka dia mati jahiliah.Sesiapa yang berperang di bawah rayah 'immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada assabiah atau marah kerana assabiah maka kematiannya adalah jahiliah.(Riwayat Muslim,An-Nasai dan Ibnu Majah.)
Nampaknya orang Islam sekular telah memisahkan diri daripada "al-jama'ah".Dan golongan sekular ini juga telah berperang di bawah "rayah immiyyah" dan menyeru kepada "assabiah" .Maka kematian mereka adalah mati jahiliah(mati su'al khotimah/mati tak baik). Minta Allah SWT melindungi kita di bawah naungannya daripada mati tak baik ini.Aaminn... .
Perkataan al-Jamaah dalam hadis di atas tidaklah merujuk secara khusus kepada mengikut mana-mana parti politik atau pertubuhan-pertubuhan tertentu.Ulama Al-Hindawi di dalam bukunya Dirasat Haul al-Jama'ah wa al-Jama'at,menjelaskan al-Jama'ah bermaksud kesepakatan kaum muslimin,para sahabat Nabi s.a.w. ,para ulama, para umarak dan lain-lain.
Fenomena mutaakhir ini menunjukkan telah berlaku kesepakatan Sultan,para ulama pewaris Nabi s.a.w.,para umarak,para muslimin dan lain-lain di dalam merealisasikan persamaan risalah dan matlamat menegakkan negara yang makmur dan diberkati serta dirahmati Allah SWT.Contohnya negeri Kelantan,Perak,Kedah,Terengganu,Selangor dan Pulau Pinang.
Nabi Muhammad s.a.w.menentang ketaksuban membuta-tuli masyarakat kepada kelompok yang disertainya.Al-Sindi di dalam bukunya Syarh Ibn Majah menjelaskan 'immiyah (bendera kebutaan) ialah fenomena ketaksuban keterlaluan di kalangan masyarakat yang berkumpul dan menyokong atas suatu perkara yang tidak diketahui sama ada benar atau batil.Nabi s.a.w. menjelaskan sikap sebegini sebagai assabiah atau ketaksuban melampau terhadap sesuatu kaum atau kelompok.
Misalnya kalau berlaku kemalangan jalan raya yang melibatkan pelbagai kaum.Kita patut berpendirian bahawa kalau kaum kita bersalah maka kita kena katakan dia bersalah.Kita tidak boleh bersikap assabiah dengan berbohong mengatakan dia tidak bersalah walaupun dia yang sebenarnya bersalah.
Nabi secara keras dan tegas menentang sesiapa yang mendokong dan mengamalkan faham assabiah yang menyesatkan.Orang Islam sekular yang mengamalkan assabiah setelah sekian lama perlulah bertaubat dan mengambil hadis di atas dan ini sebagai pegangan."Bukan di kalangan kami sesiapa yang menyeru kepada assabiah,bukan sesiapa yang berperang atas assabiah, dan bukan di kalangan kami sesiapa yang mati atas assabiah.(Riwayat Abu Daud).          
Nampaknya fenomena mutaakhir ini menunjukkan sebilangan kecil umat manusia di Malaysia tidak lagi mengamalkan assabiah iaitu mereka telah berhimpun dan menyokong kebenaran tanpa ketaksuban keterlaluan tetapi rasional dan munasabah.Contohnya umat manusia di Kelantan,Perak,Kedah ,Terengganu,Selangor dan Pulau Pinang.
Rasulullah s.a.w menjelaskan maksud assabiah,Baginda menjawab pertanyaan Wathilah bin Al-Asqa.Apakah yang dimaksudkan dengan al-assabiah? Sabda baginda:"Kamu menolong kaummu atas kezaliman".
Namun begitu masih ramai lagi umat Islam dihinggapi penyakit assabiah ini dan mengamalkan gaya hidup sekular yang menyesatkan ini.Umat Islam yang masih mengamalkan assabiah dan gaya hidup sekular ini patutlah menerima pemikiran dan pendapat orang yang tidak mengamalkan assabiah ini dan mengamalkan gaya hidup Islam dan berpeganglah kepada Al-Quran dan  As-Sunnah.Masuklah Islam sepenuhnya pada setiap detik/masa dan setiap ruang/tempat .
Kembalilah kepada Islam yang  murni lagi asal seperti zaman Nabi S.A.W.Islam yang terbukti membangunkan kehidupan masyarakat yang aman lagi harmoni dunia dan akhirat.Tokok tambah agama hanya menghilangkan keaslian dan keberkatan dari Allah.
Janganlah termasuk di dalam golongan "Langit tak dijunjung,bumi tak dipijak,berhala tak disembah,Tuhan tak disembah".Junjunglah langit,pijaklah bumi.Sembahlah Allah SWT di dalam ertikata yang sebenarnya.
Tepuklah dada,tanyalah Iman.
Hanya Allah SWT yang lebih mengetahui.

No comments:

Post a Comment